Semenjak seminggu yang lalu ayah tak pulang-pulang kerumah.Sudah menjadi kebiasaan para nelayan bot-bot besar pulang melebihi 2 minggu,Tapi jauh dilubuk hati ini terasa sayu memikirkan.Tidak pernah pula aku terasa sayu seperti ini.Masuk hari ke7 aku rasakan perlu untuk aku keluar bertanyakan sesuatu tentang ayah.Tidak seperti selalu,ayah selalu menghubungi kami ketika ia sedang melayar mencari rezeki bersama kengkawan yang lain.Dengan ketahanan meredah alunan laut dalam,bot yang mereka miliki itu sesekali menimbulkan kerisauan jua di hati ini.Aku yang masih bersekolah ditingkatan 6,bersama 2 orang adik yang masing-masing masih dibangku sekolah rendah ,merasakan tidak sanggup untuk meredah lagi kepahitan akan kehilangan orang yang tersayang.Ibu ku yang dipinjamkan tuhan kepada kami telah pun dijemput kembali ketika umur ku masih mentah.inikan pula ayah"pinta ku supaya tiada terjadi sesuatu keatas ayah.Berbisik dihati kecil ini.Ku menunggu hingga hari semakin kelam namun tiada tanda-tanda ayah akan pulang."pak mat ayah mana"ujar ku pada seorang kawan ayah yang pernah aku bermain dengannya ketika aku masih kecil lagi.;'eh yusof " buat apa kt sini nak."sy tunggu ayah',ish balik lah nak hari dah nak malam nih.nanti terjadi apa-apa kan susah.Tapi ayah tak hubungi saya dan adik semenjak ayah keluar ke laut dalam nih.!sy risau kat ayah pakcik'".tak pa lah anak balik dulu nt klu ada berita dari ayah ,pakcik akan beritahu.Aku melangkah pulang dengan perasaan hampa untuk mengetahui perkembangan tentang ayah ku Hati pula semakin risau memikirkan pabila hujan mulai membasahi lelantai bumi.Selepas menyediakan makan malam untuk adik-adik.aku seperti biasa menghalakan badan ini utuk berehat diruang tamu sambil menonton tv bersama .Tiba-tiba'; terkaku ku mendengar ulasan berita mengenai sebuah bot dalam karam akibat ribut yang melanda lautan sehari sebelum hujan disini,ini bermakna ia berlaku semalam ketika hati ku berkata ku harus mencari ayah.Ya tuhan ku selamatkan lah ayah.itu la kalimat yang tidak henti ku ungkapkan.yang menyedihkan lagi diri ini bot yang dimaksudkan media itu dari kampung ku sendiri.Tanpa melengahkan masa aku begegas pergi mendapatkan pak mat dirumahnya.Setibanya aku dirumahnya pak mat hanya mampu menenangkan aku yang tidak berhenti menangisi kejadian ini."Pak mat ,ayah pak mat,"itu je lah yang dapat ku ungkapkan.Setelah 2 tahun berlalu namun kehilangan ayah masih lagi terasa dihati ini.kehidupan yang dulunya indah tiada lagi arti buat aku dan adik,kami menerima bantuan dari penduduk kampung dan dari agensi kerajaan utuk meneruskan pejalanan hidup yang menyayat hati ,apakan daya tuhan lebih menyayangi mereka.Munkin ini lah hikmah dimana ia memberikan ku kekuatan sehingga melangkah kaki menjejaki universiti.
0 comments:
Post a Comment